UKIRAN

UKIRAN merupakan hasil seni rupa tradisi Melayu yang terulung. Ukiran kayu atau bidang seni ukir merupakan seni pertukangan tangan yang menjadi satu tradisi masyarakat Melayu sejak turun-temurun.

Seni itu sendiri sangat meluas dan mempunyai pelbagai bentuk cabang: ada seni sastra, seni lukis, seni bina, seni taman, seni muzik, seni tari, seni hias di samping seni pertukangan. Artifak yang dipamerkan dapat membantu pengunjung mengenali pelbagai bentuk seni ukiran Melayu.

Ukiran kayu ialah hasil kerajinan tangan, kemahiran dan ketinggian ilmu yang diterjemahkan dalam pelbagai bentuk barangan seperti yang terdapat pada bangunan, perabot, senjata, alat muzik, alat permainan masa lapang, peralatan memasak, dan peralatan pertukangan.

Teknik dan proses memainkan peranan penting dalam penghasilan ukiran. Ada empat teknik ukiran iaitu teknik ukir timbul, teknik ukir tembus ,teknik ukir layang dan teknik kerawang. Ukir Timbul

Teknik ukir timbul ialah ukiran yang tidak ditebuk tembus. Terdapat ukiran Timbul Tanpa Silat dan ukiran Timbul Bersilat.

Ukiran Tebuk Tembus

Ukiran tebuk tembus pula, kayu atau papan diukir ditebuk tembus dan corak dibiarkan. Ukiran ini kebiasaannya berfungsi sebagai pengaliran udara dan pencahayaan. Ukiran ini kebiasaannya terdapat pada rumah atau bangunan Melayu tradisi seperti bahagian kekisi jendela, sekatan ruang, cucur atap dan sebagainya. Ukiran tebuk tembus ini boleh dibahagi kepada dua jenis Ukiran Tebuk Tembus Tanpa Silat dan ukiran Tebuk Tembus Bersilat.

Ukiran Tebuk Tembus Tanpa Silat

Ukiran tebuk tembus tanpa silat hampir menyerupai ukiran timbul tanpa silat cuma yang membezakannya adalah pada dasar permukaan yang kosong yang ditebuk menjadi lubang, sedangkan motif dan coraknya dibiarkan rata tanpa silat. Ukiran Tebuk Tembus Bersilat

Ukirannya hampir menyamai ukiran tebuk tembus tetapi diberi kesan silatan pada motif ukirannya. Biasanya terdapat pada kekisi, sekatan ruang rehat dan perabot. Ukiran ini biasanya diukir balas pada bahagian belakangnya menampakkan bunga dan daun yang menyerupai keadaan asalnya. Dahulu ukiran ini hanya terdapat di istana dan rumah bangsawan Melayu.

Ukiran Layang

Ukiran Layang dikatakan juga ukiran tidak tembus dan tidak mempunyai corak timbul pada permukaannya.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s