POTENSI UKIRAN KAYU

Abstrak Bangsa Melayu merupakan satu bangsa yang kaya dengan adat serta budaya yang tinggi nilainya. Seni pertukangan juga menjadi teras utama kepada orang-orang Melayu terutamanya bagi penduduk di sebelah Pantai Timur. Kehalusan seni pertukangan ini menarik minat pelbagai golongan dan lapisan masyarakat termasuklah para pelancong dari luar negara. Hasil pertukangan yang halus dan konsep reka bentuk yang diilhamkan daripada elemen flora dan fauna merupakan faktor utama dalam penghasilan ukiran kayu. Pelbagai usaha dan kajian telah di lakukan dalam memastikan seni ukiran ini akan terus wujud dan dihargai. Peranan yang dilakukan oleh Kraftangan Negara dan beberapa institusi lain bolehlah dianggap sebagai satu wadah baru dalam menjelmakan imej ukiran kayu di masa hadapan. Kalau dulu ukiran kayu boleh dilihat sebagai penghias dan juga aksesori di sesebuah rumah tradisional Melayu dan kini ia mula dikomersilkan tanpa meninggalkan elemen-elemen asal. Potensi ukiran kayu mula di pandang serius dan ia telah menjadi trend(gaya) pada masa ini di mana ia mula dapat di lihat pada sebahagian sudut di dalam pembinaan sesebuah rumah yang berkonsepkan moden. Hiasan dalaman seperti perabot juga mula mendapat sentuhan ukiran kayu yang mana motif-motifnya telah diubah suai mengikut selera zaman. Landasan yang betul dan baik telah dibina oleh pengukir-pengukir seperti En. Latif Long, Nik Rashiddin dan Wan Su. Apa yang perlu dilakukan oleh pengukir-pengukir sekarang adalah dengan menjaga dengan baik dan memberi nafas baru dari segi pengkomersilan dan juga pasaran. Ukiran kayu pada masa sekarang seharusnya dijadikan sebagai satu perniagaan dan merupakan satu aset kepada pengukir itu sendiri dan bukanlah hanya sekadar hobi mengisi masa lapang.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s